Saturday, December 5, 2009

di SEbaliK PUrdAH ITU....

duhai bumi afghanistan
bumi pertemuan darah-darah syahid
engkau telah melukiskan fakta ynag menakjubkan
wanita-wanitamu itu
yang berpurdah dan berkelumbung
yang pasti diusir
dari dewan kuliah pengajian tinggi
yang tidak penah memegang
majalah fesyen wanita moden abad kini
tetapi terdidik dengan al-quran dan sunnah rasul
di dalam ruangan rumah dan sekolah
yang terbuat dari tanah
yang pasti delebalkan sebagai
wanita paling mundur
oleh betina-betina bebas zaman moden
tetapi pada mereka terhias sifat pemalu
dan akhlak terpuji
yang mereka itu jatuh terkulai
ke atas bumi kerana lapar di medan penghijrahan
tetapi membawa kemuliaan dan harga diri
di sebalik purdah-purdahmu itu
dikaulah ibu-ibu yang melahirkan
dan dengan jari-jemari lembut itu
kan usap ubun-ubun
sebuah generasi manusia tentera berakidah
yang mengumpulkan senjata demi senjata
hasil titik peluh dan darah mereka
lalu gergasi besar dunia itu
ditumpaskan dalam laungan ALLAHUAKBAR..
tersungkur hina ke bumi
dalam naza' yang menggerunkan...

1 comment:

  1. tidak kira lah..dikau berpurdah atau pn tidak..yang penting akhlakmu..sebaik siti khadijah..setiap kelakuanmu akan di perhatikan oleh allah..

    ReplyDelete