Wednesday, December 9, 2009

suke vs CINTA!!!


Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja


Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga


Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.


Saturday, December 5, 2009

di SEbaliK PUrdAH ITU....

duhai bumi afghanistan
bumi pertemuan darah-darah syahid
engkau telah melukiskan fakta ynag menakjubkan
wanita-wanitamu itu
yang berpurdah dan berkelumbung
yang pasti diusir
dari dewan kuliah pengajian tinggi
yang tidak penah memegang
majalah fesyen wanita moden abad kini
tetapi terdidik dengan al-quran dan sunnah rasul
di dalam ruangan rumah dan sekolah
yang terbuat dari tanah
yang pasti delebalkan sebagai
wanita paling mundur
oleh betina-betina bebas zaman moden
tetapi pada mereka terhias sifat pemalu
dan akhlak terpuji
yang mereka itu jatuh terkulai
ke atas bumi kerana lapar di medan penghijrahan
tetapi membawa kemuliaan dan harga diri
di sebalik purdah-purdahmu itu
dikaulah ibu-ibu yang melahirkan
dan dengan jari-jemari lembut itu
kan usap ubun-ubun
sebuah generasi manusia tentera berakidah
yang mengumpulkan senjata demi senjata
hasil titik peluh dan darah mereka
lalu gergasi besar dunia itu
ditumpaskan dalam laungan ALLAHUAKBAR..
tersungkur hina ke bumi
dalam naza' yang menggerunkan...

Thursday, December 3, 2009

wanita ibarat bunga yang sentiasa mekar...

WANITA ITU BIDADARI DUNIA...


Engkau mutiara dari aqabah..
yang tegar menghadapi cubaan..
masih terpahat dalam ingatan..
peristiwa bersejarah menjadi tauladan..
bersama puteramu ismail alaihissalam..
di lembah padang pasir yang kering ketandusan..

Lembah sunyi sepi mencengkam..
wanita itu bidadari dunia..
SITI HAJAR..
merayu pada suami agar jangan ditinggal pergi ..
namun..hati kecilnya terpujuk jua..
pabila allah menyingkapkan pandangannya..
ke suatu masa yang akan tiba..
dilembah itulah..
akan didatangi manusia di serata dunia..
yang berduyun-duyun datang ..
memuji kebesaran yang maha esa..

Alangkah terharunya hati sang suami..
siti hajar itu sememangnya bidadari dunia..
tangannya diangkat menadah ke hadrat yang esa..
'YA TUHAN KAMI, aku tinggalkan anak dan isteriku..
di padang pasir yang tandus..
tanpa pohon berkayu dan buah-buahan..
ya tuhan kami..

Teguhkanlah hati mereka dalam mendirikan solat..
jadikanlah hati mereka tertarik kepada mereka..
kurniakanlah rezeki pada mereka..
mudah-mudahan mereka bersyukur kepada mu..

Wanita itu bidadari dunia..
berulang alik antara safa dan marwah..
kerna dilihatnya ada takungan air di sana..
tapi...alangkah hiba hatinya..
takungan air itu adalah fatamorgana semata-mata..

Ismail menghentak-hentakkan kaki kehausan..
demi allah yang kaya dengan rahmat nya..
terpancarlah air dari celahan kaki ismail a.s..
ZAMI..ZAMI..ZAMI...
berkumpullah..berkumpullah untuk anakku..
itulah air yg tidak terputus bekalannya hingga kini..
lembah tandus bertukar menjadi lembah ynag permai..

Burung-burung padang pasir..
menyanyikan lagu kegembiraan..
sambil memanjat syukur tiada bandingan..
'HAJAR...oh siti hajar
engkaulah isteri nabi yang dicintai allah..
engkaulah bidadari dunia...
HAJAR..Oh siti hajar....

Wednesday, December 2, 2009

mutiara renungan ummah

umat islam mesti berilmu bkn hanya menungkat dagu...
umat islam mesti banyak membaca bkn melihat orag baca...
umat islam mesti berdakwah bkn hanya pandai menyalak...
umat islam mesti bermaruah bkn berbangga dgn bumi bertuah...
umat islam mesti menjaga waktu bkn membazir waktu..
umat islam mesti kaya jiwa bkn kaya harta...
umat islam mesti bekerja keras bkn pemalas...
umat islam mesti merenung bkn termenung...
umat islam mesti mengkaji bkn berangan tidak bererti..
umat islam mesti berhati-hati bkn membuta tuli...
umat islam mesti disegani bkn ditakuti...
umat islam mesti bersatu hati bkn hasad dan dengki...
umat islam mesti berpolitik bkn main-main polotik...
umat islam mesti mensyukuri bkn kufur nikmat...
umat islam mesti menang bkn kalah dlm perjuangan...
umat islam hanya berpandukan al-quran,hadis,qias,ijmak dan ijtihad,kelaknkita terselamat dunia dan akhirat..amin....